Friday 26 April 2013

Dunia ini penuh dengan perhiasan...



Dunia ini penuh dengan perhiasan...perhiasan dunia milik mereka...

zaman paling canggih adalah Tamadun Sulaiman...kecanggihan itu sedang dikembalikan oleh mereka yang tak beriman, sebab itu si mata 1 berhempas pulas menzahirkan segala perhiasan yang anda pegang ini untuk mencapai tahap kecanggihan tamadun Sulaiman Alaihissalam yang dikemaskini dari pemerintahan bapanya Daud Alaihissalam. Baginda Sulaiman adalah makhluk beriman berakal yang menguasai planet bumi dalam semua aspek bidang termasuklah teknologi, menguasai manusia dan raja2nya, menguasai jin dan raja2nya, menguasai iblis & syaitan2nya, bahkan baginda Sulaiman menguasai binatang di laut dan di bumi. Pemerintahan baginda Sulaiman Alaihissalam yang serba kuasa ini telah melayakkan beliau ditabalkan sebagai THE_RULLING_STATE_OF_THE_WORLD. 

Pemerintahan jenis inilah yang sedang si mata 1 hampir berjaya meNIRU & siapkan untuk tontonan umat akhir zaman, si mata 1 sedar bahawasanya secanggih mana pun pembentangan teknologi yang hari ini kita semua sedang pegang dan pakai, ianya tetap tidak dapat menandingi walau se-ZARAH pun kecanggihan Tamadun Sulaiman kerana telah termaktub dalam kitab misteri yang pernah Nabi Muhammad ucapkan di hadapan sahabat2nya dengan berbunyilah doa baginda Sulaiman seperti berikut:


Katanya: 

" Wahai Tuhanku...!!! 
Ampunkanlah kesilapanku,
dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan...
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripada ku...
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
[ Surah Sad ]
[ Ayat 34 dan Ayat 35 ]