Wednesday 21 August 2013

TRAGEDI!! 33 Maut Bas Ekspress Jatuh Gaung Di Genting!!!


GERAN RM1000 PERCUMA UNTUK USAHAWAN ONLINE OLEH SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)



GERAN RM1000 PERCUMA UNTUK USAHAWAN ONLINE OLEH SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)

Peluang untuk anda memperolehi geran percuma RM1000 dari peruntukan bajet 2013 sebanyak RM50juta. Ambil peluang sementara masih ada.. Tawaran terhad dengan syarat yang mudah dan semuanya boleh dibuat secara online.

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE -GMBO


Maklumat lanjut? Layari:- http://gmbo.skmm.gov.my/ Permohonan online: http://gmbo.skmm.gov.my/Public/Daftar Sebelum anda boleh memohon. anda perlu ada website dengan domain(.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my). Anda tidak perlu risau, langgan perkhidmatan website shoppingcart dari kami yang sangat murah. Kami akan siapkan website anda dalam masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Untuk domain .my, ada bayaran tambahan. Sila rujuk di laman pembayaran. Klik disini untuk membuat pembayaran.

Sunday 9 June 2013

Proses Mula Berniaga ..?!


Mereka yang sedang makan gaji, tapi teringin sangat nak berniaga memang ramai.

Tapi lagi ramai yang takut ambil risiko untuk berhenti kerja dan mula berniaga.

Anda yang sedang membaca ini mungkin salah seorang daripada mereka yang berkeadaan begitu.

Soalan paling popular di kalangan mereka yang sebegitu adalah,
"ada tak cara yang paling mudah, selamat dan terbukti berkesan untuk saya terjun menjadi usahawan dan meninggalkan makan gaji?"
Kebiasannya, ramai yang akan memberi nasihat agar mula berniaga sambilan sebelum terus letak jawatan. Apabila perniagaan dah cukup stabil dan mampu menyara hidup, barulah letak jawatan.

Nasihat di atas memang berniat baik dan lebih meyakinkan. Tetapi masalahnya, majoriti yang berbuat begitu biasanya menjadi usahawan sekerat jalan. Perniagaan tak ke mana dan kerjaya makan gaji juga tak ke mana.

Malah perniagaan akhirnya akan pupus begitu sahaja dan berakhir dengan duit habis lebih banyak daripada duit yang terkumpul.

Bila jadi begitu, mereka akan berkata,
"Nasib baik aku tak terus berhenti kerja!, kalau tidak entah apa yang akan terjadi pada aku. Perniagaan lingkup dan kerja tak ada!".
Kalau anda bertanya pada saya, ayat di bawah adalah lebih sesuai untuk diucapkan oleh mereka,
"Kalau aku berhenti kerja dan memberikan tumpuan seratus peratus, tentu perniagaan yang aku mulakan ini akan maju dan meningkat naik!"
Oleh itu jika anda sudi mendengar nasihat, langkah yang paling sesuai untuk dilakukan adalah seperti berikut.
1.                  Kerja makan gaji dengan bersungguh-sungguh sehingga anda menjadi pekerja yang paling disayangi oleh majikan. Menjadi pekerja hebat seperti itu akan membentuk tabiat kejayaan dalam apa saja usaha yang dilakukan. Usahawan yang berjaya biasanya juga, adalah seorang pekerja yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi. 
2.                 Mula kecutkan perbelanjaan dan simpan 10% daripada pendapatan setiap kali anda menerima gaji. Buka satu akaun baru dan yang paling baik adalah menuduhkan satu syarikat samada Sdn Bhd atau Entreprise dan simpan wang tersebut dalam akaun syarikat.
3.                 Semak hutang yang ada. Jika anda terlalu banyak hutang sehingga melebihi 50% daripada pendapatan, elok fikir semula hasrat nak berhenti kerja dan berniaga. Mereka yang tak tahan tekanan akan mudah tewas apabila sering tertekan kena kejar ceti.
4.                 Selesaikan kebanyakan daripada hutang tak patut terlebih dulu. Jika hutang rumah terlalu tinggi, buat penjadualan semula. Jika hutang kereta banyak lagi, jual atau tukar kenderaan lain yang lebih murah. Jika ada hutang courts mammoth beli perabot atau seumpamanya, anda tak layak berniaga sebab tak dapat tahan nafsu. Kawal nafsu dengan habiskan semua hutang yang tak patut. Terutamanya hutang kad kredit. Jangan berhenti kerja selagi semua yang tersebut tidak selesai!.
5.                 Mula fikirkan satu perniagaan yang sesuai dengan diri anda.Seeloknya berkaitan dengan pengalaman, kemahiran, kenalan, kesukaan, hobi, bakat dan seumpamnya. Paling sesuai jika perniagaan yang ada kena mengena dengan kerja mkakan gaji anda sekarang.
6.                 Untuk memudahkan urusan mengenal pasti perniagaan ini, anda boleh dapatkan bantuan saya melalui tawaran www.dndconverters.com.my.
7.                 Buat senarai dan pilih yang paling mudah. Mudah di sini adalah berdasarkan ukuran diri anda sendiri dan bukannya di mata orang lain. Ia bermaksud anda tidak rasa susah untuk menjalankannya walaupun semua orang rasa anda cari nahas.
8.                 Pastikan ada pasaran atau permintaan. Cara mudah untuk menentukan bahawa perniagaan anda ada permintaan adalah dengan melihat samada sudah ada perniagaan yang sama atau tidak. Jangan syok sendiri dengan mencari perniagaan atau produk atau perkhidmatan yang tiada orang pernah lakukannya, anda bukannya Syed Mokhtar Al-Bukhari yang banyak duit untuk buat R&D.
9.                 Rangka struktur perniagaan anda. Oleh kerana anda makan gaji, anda tidak ada apa-apa yang nak dikejarkan, duit gaji akan masuk walaupun perniagaan tak jalan. Jadi ambil masa sedikit untuk merangka perniagaan dengan lebih terperinci. Fikirkan struktur Pemasaran, Sumber manusia, kewangan dan operasi dengan mendalam.
10.             Buat website. Atau blog atau Fan Page dan seumpamanya. Dapatkan nasihat mereka yang mahir dalam aktiviti pemasaran di internet. Ini merupakan satu kelebihan usahawan zaman kini apabila terdapatnya satu lagi dunia yang lebih besar dinamakan dunia maya. Anda boleh menjadi raja di pulau ciptaan anda sendiri di dalam dunia maya yang luas.
11.               Dapatkan 3 pelanggan pertama anda. Semakin cepat anda berjaya mendapatkan 3 pelanggan pertama, semakin berpotensi perniagaan anda. Gunakan mereka untuk membuat analisa bagaimana mendapatkan 3 lagi pelanggan yang berikutnya.
12.             Mula buat unjuran aliran kewangan. Rangka perniagaan anda dengan membuat segala kiraan duit keluar dan duit masuk dan dapatkan jumlah jualan paling minimum yang perlu anda capai dan kejar sasaran tersebut.
13.              Mula fikirkan untuk berhenti kerja. Di sinilah petua paling mustahak untuk saya tekankan. Jika anda benar-benar mahu berjaya, jangan tunggu perniagaan jadi stabil baru nak berhenti kerja. Sebaik saja perniagaan anda berjalan lancar, ia memerlukan komitmen penuh dari anda untuk memastikan ianya menguntungkan. Oleh itu sila berhenti kerja dan jangan toleh ke belakang lagi.
14.             Sediakan wang yang secukupnya. Wang boleh didapati daripada simpanan anda sendiri, daripada kawan-kawan, daripada pelabur, daripada bank, keluarga, dan lain-lain seumpamanya. Yang penting adalah anda perlu minta dan bersungguh-sungguh meyakin mereka. Insyallah anda akan dapat.
15.              Jangan risau perniagaan gagal. Apa yang anda risau hanyalah jikalau duit tak ada dan bukannya perniagaan gagal. Sebab itu saya katakan di atas agar sediakan duit secukupnya. Fokuskan hanya kepada menjayakan perniagaan sehingga menguntungakn.
16.             Dapatkan khidmat MUAMALAT DND NUSANTARA. Ini merupakan pilihan yang baik jika anda mahu memastikan perniagaan yang dibina berada di landasan yang betul.

Biasanya kita hanya risau pada dua perkara bila memikirkan untuk berhenti kerja dan berniaga:
·                     Perniagaan gagal
·                     Dikritik oleh orang lain.
Untuk masalah dikritik, tiada sesiap boleh membantu melainkan anda sendiri perlu mengatasinya. Pedoman paling bagus adalah dengan berpegan pada hukum. Selagi anda tidak melakukan perkara haram, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sama orang nak kritik atau hentam.

Untuk perkara pertama iaitu gusarkan perniagaan yang gagal, sebenarnya apa yang anda risaukan adalah takut tak ada wang. Oleh itu, fikirkan berbagai cari untuk memastikan anda sentiasa ada wang.

Yang paling penting adalah pastikan perniagaan berjalan lancar dan menguntungkan. Jika orang lain berniaga benda yang sama dan mampu menyara hidup mereka, kenapa anda tak boleh???


Selamat mencuba...!



Thursday 6 June 2013

Amalan Hari Jumaat...


Syarah amalan ini di: http://www.youtube.com/watch?v=ZD_uMwZjpsw&feature=youtu.be

Friday 24 May 2013

QnA: Pilihanraya dan Demokrasi- Siapa Akan Diundi?? - Sheikh Imran Hosei...

‘MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM’ - DR.MAZA

KENYATAAN MEDIA PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
ISU PERKAUMAN
‘MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM’

1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini. Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.
2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.
3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.
Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:
“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
6. Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

Sunday 28 April 2013

Friday 26 April 2013

Dapatkan rebat RM200 ke atas PELBAGAI jenis smartphone.

Kami sedang menawarkan rebat smartphone yang hebat untuk anda apabila anda mendaftar untuk Pelan Internet Mudah Alih Postpaid ataupun Prepaid! Berminat? Ikuti langkah-langkah yang berikut untuk dapatkan rebat RM200: Tawaran Hebat! Smartphone PERCUMA Dapatkannya sekarang daripada lebih 1,000 touch point di seluruh negara apabila anda melanggani DG Prepaid SmartPlan™ (Edisi SKMM) hanya pada RM50! Spesifikasi Telefon Soalan Lazim Lokasi Jualan Samsung GALAXY Y Dapatkannya sekarang pada harga yang lebih rendah apabila anda melanggani DG Prepaid SmartPlan™ (Edisi SKMM) hanya pada RM50! Spesifikasi Telefon Lokasi Jualan Ikuti langkah-langkah yang berikut untuk dapatkan rebat SKMM: Langkah 1 Pra-daftar di komunikasibelia.skmm.gov.my. Langkah 2 Sila bawa IC dan kad pelajar (jika berkenaan) ke DiGi Store berhampiran anda. Langkah 3 Daftar untuk Pelan Internet Mudah Alih Postpaid ataupun Prepaid untuk menikmati rebat RM200 ke atas smartphone baru anda. Maklumat lanjut layari http://www.digi.com.my/pkb/landing_bm.do

Dr. Mahathir Memang Nak HUDUD!!


Dr. Mahathir Memang Nakkan HUDUD
MUKMIN yang paling sedar kebenaran Islam...
ialah MANUSIA yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.
ORANG yang belajar tentang Islam...
belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.

((( BUT YET MANY OF YOU DENY )))

Dunia ini penuh dengan perhiasan...



Dunia ini penuh dengan perhiasan...perhiasan dunia milik mereka...

zaman paling canggih adalah Tamadun Sulaiman...kecanggihan itu sedang dikembalikan oleh mereka yang tak beriman, sebab itu si mata 1 berhempas pulas menzahirkan segala perhiasan yang anda pegang ini untuk mencapai tahap kecanggihan tamadun Sulaiman Alaihissalam yang dikemaskini dari pemerintahan bapanya Daud Alaihissalam. Baginda Sulaiman adalah makhluk beriman berakal yang menguasai planet bumi dalam semua aspek bidang termasuklah teknologi, menguasai manusia dan raja2nya, menguasai jin dan raja2nya, menguasai iblis & syaitan2nya, bahkan baginda Sulaiman menguasai binatang di laut dan di bumi. Pemerintahan baginda Sulaiman Alaihissalam yang serba kuasa ini telah melayakkan beliau ditabalkan sebagai THE_RULLING_STATE_OF_THE_WORLD. 

Pemerintahan jenis inilah yang sedang si mata 1 hampir berjaya meNIRU & siapkan untuk tontonan umat akhir zaman, si mata 1 sedar bahawasanya secanggih mana pun pembentangan teknologi yang hari ini kita semua sedang pegang dan pakai, ianya tetap tidak dapat menandingi walau se-ZARAH pun kecanggihan Tamadun Sulaiman kerana telah termaktub dalam kitab misteri yang pernah Nabi Muhammad ucapkan di hadapan sahabat2nya dengan berbunyilah doa baginda Sulaiman seperti berikut:


Katanya: 

" Wahai Tuhanku...!!! 
Ampunkanlah kesilapanku,
dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan...
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripada ku...
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
[ Surah Sad ]
[ Ayat 34 dan Ayat 35 ] 

UPACARA APAKAH INI YG DILAKUKAN OLEH OBAMA...?!


UPACARA MISTERI... 

VIDEO PEMAHAMAN ...

Sunday 21 April 2013

MAKSUD TAJASSUS DALAM AL-QURAN


MAKSUD TAJASSUS DALAM AL-QURAN

Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya:wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.

Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”. Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.
Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.
RUJUKAN: Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)

Onekuliah: DR ASRI-ISLAM ITU DIJAMIN DAN MENJAMIN

Onekuliah: DR ASRI-ISLAM ITU DIJAMIN DAN MENJAMIN

Saturday 20 April 2013

Tragedi Federal Highway 21 April 2013... takziah buat keluarga mangsa... ..Memang Ngeri!!



~Berita terkini kemalangan maut di federal highway jam 4pagi tadi..(ngeri)
moga Allah mengampuni dosa mereka......takziah buat keluarga mangsa...

Video selanjutnya klik --->https://www.facebook.com/KongsiRahsiaEmasPG


Saturday 23 March 2013

Budak Perempuan 12tahun Bongkar ~ ROTHSCHILD CORRUPT BANKERS & ECONOMY!!...

Budak Perempuan 12tahun Bongkar ~ ROTHSCHILD CORRUPT BANKERS & ECONOMY!!.



“Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”


 Pendita Za’ba, dalam bukunya yang hebat “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang ditulis pada tahun 30-an:


Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
———————————————————————-

Friday 22 March 2013

Mengapa Saya Berkongsi Ilmu?

@pic oleh Fizz Aziz ... ;)


Semasa saya masih kecil dahulu, mungkin semasa saya masih disekolah rendah, saya selalu berangan-angan dan membayangkan, pada satu hari nanti apabila saya menjadi dewasa, saya mahu menjadi seorang yang kaya raya dan dengan kekayaan saya itu saya akan membantu orang lain terutama golongan miskin. Apabila saya tamat belajar dan mula bekerja, saya cuba berusaha untuk menjadi kaya, untuk berniaga saya tidak mempunyai modal jadi saya mula berjinak-jinak dengan kegiatan seperti MLM, ajen unit amanah, pemasaran internet dan sebagainya akan tetapi semuanya itu tidak dapat saya lakukan dengan baik (akan saya jelaskan kemudian mengapa) dan tidak pun membuat saya menjadi kaya raya.

Semasa kecil dahulu juga saya amat berminat dengan kapal terbang. Kereta mainan yang Abah saya belikan habis saya "baraikan" dan melakukan ubahsuaian untuk menjadikan ianya seperti kapal terbang, contohnya saya akan keluarkan enjinnya dan saya pasangkan diatas bumbung kereta, kemudiannya saya ukir dari batang aiskrim untuk menjadikannya kipas pesawat (propeller) dan hasilnya kereta yang bergerak dengan tujahan angin dan bukannya dengan pusingan roda.


Apa pula kena mengena antara angan-angan mahu menjadi kaya dan aktiviti semasa kecil semasa kecil saya dengan tajuk artikel ini iaitu mengapa saya berkongsi ilmu?


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya mula mengenali riba', memahami konsep riba' dari asalnya datang riba' itu sendiri kepada kesannya pada individu dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Didalam dunia perniagaan hari ini, mungkin tidak kesemuanya bagi perniagaan kecil-kecilan akan tetapi bagi perniagaan besar-besaran yang mana tuan punya perniagaan tersebut boleh menjadi kaya raya dengan keuntungan besar yang diperolehi, tidak ada perniagaan yang tidak melibatkan diri dengan riba'. Dari pinjaman untuk membesarkan perniagaan kepada kemudahan "overdraft", semua itu adalah riba', jadi mana mungkin kita boleh mengatakan sesuatu perniagaan itu halal secara keseluruhannya. Halal dari aktiviti perniagaan tersebut contohnya mereka yang membuka pasaraya besar, menjual barang-barang runcit dan sebagainya tetapi pada masa yang sama ber"perang" dengan Allah SW dengan menggunakan landasan riba'.

Kebanyakan manusia pada hari ini lebih melihat kepada sesuatu yang fizikal, suatu yang nyata untuk membuat penilaian akan tetapi tidak mahu melihat apa yang terselindung disebaliknya iaitu suatu yang halus, yang ghaib dan tidak kelihatan. Kerana apa? Kerana kita tidak pernah dilatih untuk berbuat sedemikian. Contohnya dari sekolah lagi kita dibasuh minda dengan teori evolusi bahawa manusia berasal dari monyet sedangkan teori evolusi itu sebenarnya adalah salah dan tidak boleh diterima akal. Tuhan iaitu suatu yang ghaib, yang tidak kelihatan tidak pernah diambil kira didalam pembinaan minda masyarakat jadi apabila generasi ini membesar meninggalkan sekolah dan bekerja, di"dodoi"kan pula dengan budaya hiburan, musik, sukan dan facebook, maka ilmu dan pendekatan terhadap Pencipta itu tidak lagi diambil kira. Ini apa yang dipanggil pemikiran sekular. Lihatlah masyarakat kita hari ini yang rata-ratanya adalah "part-time" Muslim, lebih menyedihkan lagi kerana golongan ini juga yang menjadi pemimpin.

Didalam artikel saya sebelum ini saya telah membicarakan perihal "getaran", contohnya didalam bab mencari pasangan, hanya mereka yang mempunyai getaran yang sama dengan kita sahaja yang akan menjadi serasi dan mampu menjadi pasangan kita yang baik (dan ini sudah tentu jugalah dengan keizinan Allah SW). Dari pemikiran saya, unsur-unsur getaran ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk menjelaskan konsep mencari pasangan, ianya boleh menjelaskan mengapa kita tidak mempunyai minat atau semangat untuk melakukan atau melibatkan diri dalam perkara-perkara lain. 

Sekarang ini saya sudahpun memahami akan mengapa saya tidak berjaya didalam usaha mencari kekayaan wang ringgit dengan perniagaan, MLM, unit amanah dan sebagainya, kerana apa? Kerana kesemuanya itu melibatkan riba' dari skala kecil hingga yang sebesar-besarnya. Dan riba' itu adalah satu penindasan dan ianya bercanggah dengan keinginan saya untuk membantu insan-insan lain. Getaran yang ada pada diri saya ini tidak serasi dengan dunia "orang kaya" yang mana pasti melibatkan diri dengan riba'. Cukuplah setakat "debu" riba' sahaja yang terkena pada saya iaitu melalui penggunaan wang kertas sehari-hari, tidak perlulah saya menambahkan riba' itu lagi dengan aktiviti-aktiviti untuk menjadi kaya-raya yang jika dilihat dengan "satu mata" amat menarik dan menggoda akan tetapi jika dilihat dengan "dua mata" ianya penuh dengan penindasan, penipuan, penganiayaan dan perhambaan. Akan tetapi jika saya tidak bergiat didalam aktiviti mencari kekayaan ini, mana mungkin saya boleh merealisasikan impian masa kecil saya untuk membantu manusia seramai mungkin terutama golongan miskin?

"Imaginasi lebih penting dari ilmu pengetahuan"
Albert Einstein

Saya amat percaya bahawa dengan keizinan Allah SW, kita mampu mencipta realiti hidup kita sendiri. Dari pemikiran ianya akan menjadi kenyataan. Apa yang saya imaginasikan semasa kecil dahulu menjadi kenyataan, dari bermain dengan kapalterbang, saya sekarang ini bekerja dengan kapalterbang. Dan alhamdulillah melalui kerjaya saya sekarang ini juga ianya memberi kesempatan kepada saya untuk menambahkan ilmu, merantau, berfikir dan melihat keadaan dunia yang sebenarnya.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Surah Al-Haj 22-46
Takdir Allah SW telah membuatkan saya berani merantau keluar dari tanah air dan mencari rezeki di luar negara 8 tahun yang lalu. Dan alhamdulillah saya dapat merasakan bahawa jika saya masih kekal ditanah air, pasti saya masih kekal sebagai seorang yang jahil, buta dan tidak dapat melihat kebesaran Allah SW melalui pembacaan ilmu-ilmu baru dan juga pengalaman merantau keseluruh dunia. Dan dari ilmu-ilmu yang saya dapati ini juga, saya berkongsi dengan rakan-rakan sekalian dengan harapan ianya mampu mengubah kehidupan seseorang itu kearah yang lebih baik, semakin hampir kepada Allah SW dan juga moga bersama dapat mengubah dunia agar ianya menjadi bertambah baik buat insan-insan lain juga.

Jika ditangan saya ada wang seringgit dan saya berikan ianya kepada insan lain, tiada lagi wang yang tinggal untuk diberikan kepada insan lain. Akan tetapi jika saya mempunyai ilmu dan ilmu itu saya berikan kepada insan lain, ilmu itu tetap berada pada diri saya dan saya masih boleh memberikan ianya kepada insan lain. Dan insan itu juga boleh menyampaikannya pula kepada insan yang lain. Inilah MLM yang diberkati Allah iaitu menerusi perkongsian ilmu. Dan inilah juga apa yang saya lihat sebagai realisasi kepada impian saya semasa kecil iaitu untuk membantu insan-insan lain bukan dengan wang ringgit akan tetapi melalui perkongsian ilmu. Umpama mengajar insan lain untuk memancing dan bukan terus memberikan kepadanya seekor ikan. Dengan ilmu tersebut seseorang itu perlu berusaha untuk mendapatkan sejoran pancing dan kemudiannya boleh mendapatkan ikan sebagai rezeki dan kemudiannya mampu mengubah keadaan hidupnya.

Jika saya renungkan kembali liku-liku kehidupan saya ini, semua yang berlaku baik kejadian baik ataupun yang buruk, ianya membawa saya kearah mencapai realisasi impian dan keinginan saya semasa kecil. Berminat dengan pesawat, saya bekerja dengan pesawat, ingin membantu manusia lain, saya berkongsi ilmu, akan tetapi dapat saya rasakan yang perjalanan saya ini masih jauh dalam usaha membantu umat manusia. Saya tidak tahu keadaan mendatang, akan tetapi ianya sudah pun saya imaginasikan dan insyaallah ianya akan tercapai. Dan jika tidak sekalipun saya tidak akan berduka cita kerana Allah SW itu tahu keikhlasan hati kita dan tidak sekali-kali membebankan dengan sesuatu yang diluar kemampuan. Moga artikel ini dapat memberi ketukan minda dan inspirasi kepada rakan-rakan yang lain agar turut serta menjadi seorang yang lebih memberi dan bukan hanya menerima, insyaallah.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/11/mengapa-saya-berkongsi-ilmu.html#ixzz2OQEJavoD