Wednesday, 21 August 2013
GERAN RM1000 PERCUMA UNTUK USAHAWAN ONLINE OLEH SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)
GERAN RM1000 PERCUMA UNTUK USAHAWAN ONLINE OLEH SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia)
Peluang untuk anda memperolehi geran percuma RM1000
dari peruntukan bajet 2013 sebanyak RM50juta. Ambil peluang sementara
masih ada.. Tawaran terhad dengan syarat yang mudah dan semuanya boleh
dibuat secara online.
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE -GMBO
Sunday, 9 June 2013
Proses Mula Berniaga ..?!
Mereka yang sedang makan gaji, tapi teringin sangat nak berniaga memang ramai.
Tapi lagi ramai yang takut ambil risiko untuk berhenti kerja dan mula berniaga.
Anda yang sedang membaca ini mungkin salah seorang daripada mereka yang berkeadaan begitu.
Soalan paling popular di kalangan mereka yang sebegitu adalah,
"ada
tak cara yang paling mudah, selamat dan terbukti berkesan untuk saya terjun
menjadi usahawan dan meninggalkan makan gaji?"
Kebiasannya,
ramai yang akan memberi nasihat agar mula berniaga sambilan sebelum terus letak
jawatan. Apabila perniagaan dah cukup stabil dan mampu menyara hidup, barulah
letak jawatan.
Nasihat di atas memang berniat baik dan lebih meyakinkan. Tetapi masalahnya, majoriti yang berbuat begitu biasanya menjadi usahawan sekerat jalan. Perniagaan tak ke mana dan kerjaya makan gaji juga tak ke mana.
Malah perniagaan akhirnya akan pupus begitu sahaja dan berakhir dengan duit habis lebih banyak daripada duit yang terkumpul.
Bila jadi begitu, mereka akan berkata,
Nasihat di atas memang berniat baik dan lebih meyakinkan. Tetapi masalahnya, majoriti yang berbuat begitu biasanya menjadi usahawan sekerat jalan. Perniagaan tak ke mana dan kerjaya makan gaji juga tak ke mana.
Malah perniagaan akhirnya akan pupus begitu sahaja dan berakhir dengan duit habis lebih banyak daripada duit yang terkumpul.
Bila jadi begitu, mereka akan berkata,
"Nasib
baik aku tak terus berhenti kerja!, kalau tidak entah apa yang akan terjadi
pada aku. Perniagaan lingkup dan kerja tak ada!".
Kalau
anda bertanya pada saya, ayat di bawah adalah lebih sesuai untuk diucapkan oleh
mereka,
"Kalau
aku berhenti kerja dan memberikan tumpuan seratus peratus, tentu perniagaan
yang aku mulakan ini akan maju dan meningkat naik!"
Oleh
itu jika anda sudi mendengar nasihat, langkah yang paling sesuai untuk
dilakukan adalah seperti berikut.
1.
Kerja makan gaji dengan bersungguh-sungguh sehingga anda
menjadi pekerja yang paling disayangi oleh majikan. Menjadi pekerja
hebat seperti itu akan membentuk tabiat kejayaan dalam apa saja usaha yang
dilakukan. Usahawan yang berjaya biasanya juga, adalah seorang pekerja yang
berdisiplin dan bermotivasi tinggi.
2.
Mula kecutkan perbelanjaan dan simpan 10% daripada
pendapatan setiap kali anda menerima gaji. Buka satu akaun baru
dan yang paling baik adalah menuduhkan satu syarikat samada Sdn Bhd atau
Entreprise dan simpan wang tersebut dalam akaun syarikat.
3.
Semak hutang yang ada. Jika anda terlalu
banyak hutang sehingga melebihi 50% daripada pendapatan, elok fikir semula
hasrat nak berhenti kerja dan berniaga. Mereka yang tak tahan tekanan akan
mudah tewas apabila sering tertekan kena kejar ceti.
4.
Selesaikan kebanyakan daripada hutang tak patut terlebih
dulu.
Jika hutang rumah terlalu tinggi, buat penjadualan semula. Jika hutang kereta
banyak lagi, jual atau tukar kenderaan lain yang lebih murah. Jika ada hutang
courts mammoth beli perabot atau seumpamanya, anda tak layak berniaga sebab tak
dapat tahan nafsu. Kawal nafsu dengan habiskan semua hutang yang tak patut.
Terutamanya hutang kad kredit. Jangan berhenti kerja selagi semua yang tersebut
tidak selesai!.
5.
Mula fikirkan satu perniagaan yang sesuai dengan diri anda.Seeloknya berkaitan
dengan pengalaman, kemahiran, kenalan, kesukaan, hobi, bakat dan seumpamnya.
Paling sesuai jika perniagaan yang ada kena mengena dengan kerja mkakan gaji
anda sekarang.
6.
Untuk
memudahkan urusan mengenal pasti perniagaan ini, anda boleh dapatkan bantuan
saya melalui tawaran www.dndconverters.com.my.
7.
Buat senarai dan pilih yang paling mudah. Mudah di sini
adalah berdasarkan ukuran diri anda sendiri dan bukannya di mata orang lain. Ia
bermaksud anda tidak rasa susah untuk menjalankannya walaupun semua orang rasa
anda cari nahas.
8.
Pastikan ada pasaran atau permintaan. Cara mudah untuk
menentukan bahawa perniagaan anda ada permintaan adalah dengan melihat samada
sudah ada perniagaan yang sama atau tidak. Jangan syok sendiri dengan mencari
perniagaan atau produk atau perkhidmatan yang tiada orang pernah lakukannya,
anda bukannya Syed Mokhtar Al-Bukhari yang banyak duit untuk buat R&D.
9.
Rangka struktur perniagaan anda. Oleh kerana anda
makan gaji, anda tidak ada apa-apa yang nak dikejarkan, duit gaji akan masuk
walaupun perniagaan tak jalan. Jadi ambil masa sedikit untuk merangka
perniagaan dengan lebih terperinci. Fikirkan struktur Pemasaran, Sumber
manusia, kewangan dan operasi dengan mendalam.
10.
Buat website. Atau blog atau Fan
Page dan seumpamanya. Dapatkan nasihat mereka yang mahir dalam aktiviti
pemasaran di internet. Ini merupakan satu kelebihan usahawan zaman kini apabila
terdapatnya satu lagi dunia yang lebih besar dinamakan dunia maya. Anda boleh
menjadi raja di pulau ciptaan anda sendiri di dalam dunia maya yang luas.
11.
Dapatkan 3 pelanggan pertama anda. Semakin cepat anda
berjaya mendapatkan 3 pelanggan pertama, semakin berpotensi perniagaan anda.
Gunakan mereka untuk membuat analisa bagaimana mendapatkan 3 lagi pelanggan
yang berikutnya.
12.
Mula buat unjuran aliran kewangan. Rangka perniagaan
anda dengan membuat segala kiraan duit keluar dan duit masuk dan dapatkan
jumlah jualan paling minimum yang perlu anda capai dan kejar sasaran tersebut.
13.
Mula fikirkan untuk berhenti kerja. Di sinilah petua
paling mustahak untuk saya tekankan. Jika anda benar-benar mahu berjaya, jangan
tunggu perniagaan jadi stabil baru nak berhenti kerja. Sebaik saja perniagaan
anda berjalan lancar, ia memerlukan komitmen penuh dari anda untuk memastikan
ianya menguntungkan. Oleh itu sila berhenti kerja dan jangan toleh ke belakang
lagi.
14.
Sediakan wang yang secukupnya. Wang boleh didapati
daripada simpanan anda sendiri, daripada kawan-kawan, daripada pelabur,
daripada bank, keluarga, dan lain-lain seumpamanya. Yang penting adalah anda
perlu minta dan bersungguh-sungguh meyakin mereka. Insyallah anda akan dapat.
15.
Jangan risau perniagaan gagal. Apa yang anda risau
hanyalah jikalau duit tak ada dan bukannya perniagaan gagal. Sebab itu saya
katakan di atas agar sediakan duit secukupnya. Fokuskan hanya kepada menjayakan
perniagaan sehingga menguntungakn.
16.
Dapatkan
khidmat MUAMALAT DND NUSANTARA. Ini merupakan
pilihan yang baik jika anda mahu memastikan perniagaan yang dibina berada di
landasan yang betul.
Biasanya
kita hanya risau pada dua perkara bila memikirkan untuk berhenti kerja dan
berniaga:
·
Perniagaan gagal
·
Dikritik oleh orang lain.
Untuk
masalah dikritik, tiada sesiap boleh membantu melainkan anda sendiri perlu
mengatasinya. Pedoman paling bagus adalah dengan berpegan pada hukum. Selagi
anda tidak melakukan perkara haram, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sama
orang nak kritik atau hentam.
Untuk
perkara pertama iaitu gusarkan perniagaan yang gagal, sebenarnya apa yang anda
risaukan adalah takut tak ada wang. Oleh itu, fikirkan berbagai cari untuk
memastikan anda sentiasa ada wang.
Yang
paling penting adalah pastikan perniagaan berjalan lancar dan menguntungkan.
Jika orang lain berniaga benda yang sama dan mampu menyara hidup mereka, kenapa
anda tak boleh???
Selamat
mencuba...!
Thursday, 6 June 2013
Friday, 24 May 2013
‘MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM’ - DR.MAZA
KENYATAAN MEDIA PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
ISU PERKAUMAN
ISU PERKAUMAN
‘MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM’
1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini. Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.
2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.
3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.
Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:
“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
6. Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.
Sunday, 28 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)