Saturday 28 July 2012

Sunnah Money (Gold, Silver) by Sheikh Imran Hosein



Sheikh Imran Hosein addressing Sunnah Money and its application in Muslim Village.
This video is taken from his lecture recently given in Malaysia about 
"The Muslim Youth In A Glamorous World"




MUAMALAT DND NUSANTARA ENT. 
- Sebuah Syarikat yg Didaftarkan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bernombor Perndaftaran (002143583-K ).

Our services: - Consulting/Business Services to support our Muslimin and Mukmin globally. Computers, Mobiles,Clothes,Corporate uniform&Equipments & others etc .

** If you are in Business join our Trade Network List via email < muamalatdndnusantara@gmail.com  >

BAI`AH.


Maksud Bai`ah.
Janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.

Nas Syarak.
Quran:
- الذين يبايعونك إنما يبايعون الله يد الله فوق أيديهم ( الفتح 10 )
- ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به ( توبة 111 )
Hadis:
- من بايع إماما فأعطاه صفقة يده وثمرة قلبه فليطعه إن استطاع
- من مات وليس فى عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
- Rasulullah ambil berbagai bai`ah daripada para sahabatnya.

Hukum Bai`ah.
Bai`ah boleh mengambil dua bentuk hukum:
- Sumpah, boleh tarik balik dengan bayar kifarat sumpah:
- merdekakan seorang hamba atau jika tidak mampu
- beri makan 60 miskin atau kalau tidak mampu
- berpuasa sebulan.
- Nazar, tidak boleh tarik balik, dibawa sampai mati.
- Kita memilih bai`ah mengambil hukum nazar.

Huraian.
Rasulullah s.a.w. mengambil berbagai bentuk baiah daripada sahabatnya:
- Bai`ah kerana masuk Islam
- Bai`ah diambil daripada sesetengah sahabat, tidak semua mereka
- Bai`ah al-Aqabah untuk mempertahankan baginda seperti mereka mempertahankan kaum wanita dan anak-anak.
- Bai`ah al-Ridwan untuk tidak lari dari medan perang.
- Bai`ah al-Nisa’ untuk tidak melakukan syirik, mencuri, zina, membunuh anak, tidak mereka-reka pembohongan, tidak melanggar perentah makruf.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat masih terdapat berbagai bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada amir al-mukminin sebagai ketua negara untuk taat dan patuh dalam mentaati al-Quran dan Sunnah.
- Bai`ah khusus tertentu kepada seseorang di samping bai`ah kepada ketua negara, seperti bai`ah tentera kepada ketua tentera.
- Bai`ah kepada sultan dan pemerintah untuk taat dan patuh.
- Bai`ah kepada syeikh tarekat untuk melakukan amal takwa.
Kesimpulannya dalam masyarakat Islam terdapat dua bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada seseorang sebagai amir al-mukminin atau ketua negara yang berdaulat melaksanakan hukum Allah. Ada hukum tertentu.
- Bai`ah untuk melakukan amal tertentu, biasanya diberikan kepada syeikh tarekat sufiyah dan pemimpin gerakan Islam.
Bai`ah yang diberikan kepada amir al-mukminin atau ketua negara diberikan kepada seorang sahaja. Di kenali sebagai bai`ah al-`ammah. Sabda Rasulullah s.a.w.: إ1ا بويع لخليفتين فاقتلوا الآخر منهما
Bai`ah amal boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, pemberi bai`ah terikat dengan perkara dibai`ahkan sahaja. Dikenali sebagai bai`ah al-khassah. Bai`ah al-khassah tidak boleh menghalang bai`ah al-`ammah.


Imam Hassan al-Banna dan Bai`ah.

Al-Banna muncul di saat ramai orang mengambil berbagai bai`ah daripada pengikutnya.

-berlaku salah faham sehingga menganggap bai`ah khassah itu adalah bai`ah `ammah
-al-Bana cuba perbetulkan keadaan dengan mengemukakan jawapan kepada soalan:
- apakah nilai yang diperlukan gerakan Islam dalam dunia yang serba
tempang ini
- bagai mana mereka dapat bergerak dalam satu saf yang dari saf itu
akan muncul pemimpin berwibawa yang layak mengambil bai`ah daripada
umat Islam.
Untuk menjawab soalan ini Imam Hassan al-Banna menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin dan meletakkan 10 rukun bai`ah yang mesti menjadi sifat kepada anggota Ikhwan. Tanggungjawab Ikhwan ialah :
-Berusaha melahirkan individu yang dalam dirinya diterapkan 10 rukun bai`ah itu.
-Bergerak dalam satu barisan yang kemudiannya dari saf itu akan muncul pemimpin yang berwibawa dan layak mengambil bai`ah
daripada ahli.
- Namun sebelum hasrat itu tercapai Ikhwan telah menghadapi tentangan
kuasa besar dunia dan kerajaan negeri yang bersekongkol.

Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .
Antara sepuluh rukun baiah yang diterapkan oleh Imam Hassan albanna didalam harakat islam ikhwanul muslimin yang perlu diambil faedah oleh semua ialah:

Pertama : FAHAM الفهم


من يرد الله به خيرا يفقه في الدين


متفق عليه

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .


تفقهوا قبل أن تسودوا

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .


Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.


Kedua : IKHLAS الإخلاص

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".


Surah Al Ana’am . Ayat : 162 - 163


Ketiga : AMAL العمل

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".


Surah At Taubah . Ayat : 105


Keempat : JIHAD الجهاد


Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;


Surah An Nisa’ . Ayat : 95


من مات و لم يغز و لم ينو الغزو مات ميتة جاهلية


Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah . ( Al hadis )

Kelima : PENGORBANAN التضحية


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.


Surah At Taubah .


Keenam : TAAT الطاعة


أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة فإن تأمر عليكم عبد


Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi .

( Al Hadis , Rujuk Matan Al Arbai’n )

Ketujuh : THABAT الثبات


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Surah Al Ahzaab . Ayat : 23

Kelapan : TAJARRUD التجرد

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Surah Al Baqarah . Ayat : 138

Kesembilan : UKHUWWAH الأخوة

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Surah Al Hujurat . Ayat : 15

Kesepuluh : THIQAH الثقة

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Surah An Nisa’ . Ayat : 65

Ini respon saya terhadap segelintir golongan masyarakat waktu ini yang meminta pendapat dan cadangan daripada ahli.sesungguhnya jika semua yang dilantik itu memahami konsep perlantikan itu sendiri,tidak akan ada yang akan membelakangkan tugas masing masing.secara maklumnya kita mengetahui jawatan yang dipegang pun bukan jawatan yang bergaji dan dihambat lagi dengan tugas tugas dan kerja kerja yang ditanggung seharian.
Sebaiknya penekanan disini ialah saudara menekankan soal melaksanakan tugas dengan penuh berhemat,penuh bijaksana kerana sesuatu jawatan itu adalah amanah dan amanah adalah perkara yang besar di sisi Allah taala.

Sekian saja dari saya salah seorang hamba Allah swt  Pejuang Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W di Akhir Zaman ini..
yang memerhati dari jauh.~SZR Al Hafidz@18~36
Back to top Go down

سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ

ASSALAMUALAIKUM...MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ...MOGA ALLAH SWT LIMPAHI KITA DGN LIMPAHAN RAHMATNYA YG TIDAK TERBILANG TINGGINYA..INSYA-ALLAH...

SAYA HENDAK BERKONGSI CARA BAGAIMANA NAK BERMULA @ 1ST STEP PERLU KITA BUAT KALAU NAK MENCEBURI ALAM MAYA INI. DAFTARKAN DAHULU NAMA WEBSITE ANDA DGN MELANTIK SYARIKAT UNTUK 'DOMAIN&HOSTING PACKAGE' YG TELUS MUDAH DAN MURAH..

BERMINAT BINA LAMAN WEB DGN CARA MURAH & MUDAH?! <-------KLIK SAHAJA DISINI.
INILAH JUGA LANGKAH PERTAMA SAYA..!! SELAMAT MENCUBA YER..PRACTICE MAKES PERFECT!!